Snow Effect

Thursday, August 5, 2010

mencari erti kehidupan

Mungkin ramai yang ingin tahu, bagaimana kehidupan saya sebelum training ESQ…sekitar tahun 2007, semasa masih suci bergelar student..saya ditakdirkan bertemu dengan member-member kampus yang sangat prihatin tentang perkembangan hal di Malaysia…berkawan dengan member-member satu kampus yang sangat ikut perkembangan isu semasa, jika tiada kelas dan tiada aktiviti..kami lebih suka duduk di kedai-kedai minum bincangan isu politik, isu politik kampus, masalah masyarakat sekarang atau borak-borak berkenaan dengan hal-hal keagamaan…kadang-kadang kami akan berkunjung berjumpa dengan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menghangatkan berbincangan…tetapi tajuk perbincangan selalunya mengikut isu panas di akhbar…sambil minum sambil tangan memegang surat khabar…satu persatu dibahaskan..seronok memang seronok sehinggakan saya wujud kerisauan masalah masyarakat di Malaysia ni…bertemu dengan orang-orang pemikir disana disini...membuatkan sudut pandangan kami lebih luas, bahkan corak-corak perbualan dan perbuatan kami lebih kepada membangun masyarakat bangsa..



Member-member zaman kampus yang suka lepak kat kedai minum
(sorang member Hamdi tiada dlm gambar)


Jika hal-hal keagamaan ni…selalunya hanya bertahan selama 1 hari berbanding dengan hal-hal politik yang hampir 1 minggu lamanya...sehinggalah pada suatu hari...kami bertemu salah seorang teman kepada teman kepada teman yang bergelar ustaz yang asik membincangkan pasal hukum syarak, halal haram, kisah-kisah perjuangan Nabi dan Rasul dan ada juga hal-hal akidah...saya salah seorang yang diam membisu macam patung...kerana tak tau apa yg mereka bincangkan..kerna cetak dan nipis ilimu keagamaan...saat itu, saya rasa tak boleh jadi ni...mulai saya mencari...kalu dulu pergi ke kedai buku mencari buku politik atau buku-buku yang menjadi terkenal waktu itu sekarang mulai saya mencari buku-buku keagamaan...belek-belek buku..tiada yang berkenan...buku pertama dibeli dalam hidup saya adalah Taksir Sufi (kalu tak salah saya la)..baca punya baca...last kali boring sangat sbb tak kena dengan jiwa...akhirnya buku tu ada dalam kotak jer...Sedangkan perbincangan hal-hal keagamaan masih berlanjutan...selepas berjumpa dengan ustaz..kami lanjutkan perbincangan didalam bilik kolej plak...esok jumpa dan borak lagi dengan ustaz...dan akhirnya...mereka borak-borak pasal perjuangan Nabi Muhammad..yang berjuang hebat membela dan menegakkan Islam...saya mendengar dengan sambil main sms dengan kekasih hati...tiada perasaan dan hati...

Dipendekkan cerita, saya selesai belajar...sekarang bergelar pekerja...bekerja pertama di sebuah Kementerian di Putrajaya...tugas dan tanggungjawap adalah menjadi P.A kepada salah seorang ahli politik di Malaysia...ini bertambah saya semakin jauh dan lupa hal-hal keagamaan, solat dah mulai tinggal kerna kesibukkan kerja yg tak tentu masa, kata-kata dari mulut adalah kata-kata yg sering maki hamun org lain kerana stress kerja yang boleh dikatakan kerap last minute dan pikiran hanya utamakan duniawi kerna bekerja dengan orang-orang yang mencari dunia (walaupun tak semua, tetapi bos saya pasal solat dia jaga) Sehinggalah saya semakin jahil dan blur pasal agama...bagi saya puasa cukup...tak buat dosa besar..jadi ok la kan...sampai satu hari saya bertemu dengan seseorang manusia yang berbicara pasal ESQ..bahagia dia jelaskan ESQ...dan ahirnya dia awal-awal ajak ke training ESQ…dalam pikiran adalah…MLM baru apa ni…tetapi bila cuba berpikiran terbuka…hadirlah saya ke training ESQ Kuala Lumpur Angkatan 7 di Mariott Hotel Putrajaya pada 11 -13 Mei 2007 dengan nombor pendaftaran AGA0393.


(Aktiviti Hari Keluarga dengan Pejabat Menteri)


Selepas training ESQ...pengalaman yang luar biasa...sila lanjutkan bacaan ke coretan seterusnya...

No comments:

Post a Comment