Snow Effect

Thursday, August 12, 2010

Perjalanan Di Jakarta, Indonesia

Pada 2 Januari 2008 saya masuk ke pejabat ESQ, setelah itu… hanya satu minggu saya ke Jakarta…diperkirakan 9 bulan untuk mendapat pendidikan dan latihan disana…hal ini saya berbincang dengan keluarga..terutama ibu dan ayah saya…jika ayah saya…tiada halangan..lebih banyak diam sahaja…jika ibu saya…beliau sangat risau dan jika perlu….saya tidak usah ke Jakarta…ibu saya sangat berat untuk membenarkan… saya masih ingat kata-katanya “ tak payahlah pergi ke sana, disini pun ada kerja juga, dahlah kerja baik-baik di Putrajaya…kenapa nak ke Indonesia plak” …sehinggalah saya terangkan padanya…saya ke sana kerana ingin belajar menjadi seorang manusia…belajar nak jadi mukmin…sehinggalah ibu saya hanyalah berdoa untuk keselamatan saya di Jakarta…

Inilah kali pertama saya ke Indonesia…di airport dihantar oleh teman-teman dan juga beberapa alumni yang mendoakan saya...seorang alumni yang memperkenalkan saya tentang ESQ juga hadir... beliau memberikan saya hadiah…saya simpan hadiah itu sehingga sekarang…dan setiap kali training saya akan bawa bersama…seutas tasbih kayu kokka…hadiah yang sangat bermakna secara peribadi…

Saya masih ingin pesan-pesan alumni…pergi kerana Allah dan Nabi Muhammad… dan ketika berada di dalam flight…saya berdoa kepada Allah dan sholawat kepada Nabi Muhammad…semoga Allah menjaga dan memberi keselamatan pergi dan pulang…

Tiba di Jakarta bersama Abg Akmal…telah disambut oleh Team HR Jakarta dan terus dibawa ke rumah kos (bilik sewa)…di rumah ibu Yana…keluarga yang sangat baik…menyambut dengan senang hati dan berbahagia…mengalu-alukan kehadiran kami dari Malaysia


Keluarga Ibu Yana dan suaminya Bpk Yan  berserta keluarga


Abg Inggit, penjaga rumah Ibu Yana yang menjaga saya, membasuh dan mengosok pakaian saya setiap hari, banyak jasa Abg Inggit ini

Apa yang dilatih dan dikongsikan adalah sesuatu yang menarik, minggu pertama sebagai orientasi seramai 11 orang satu angkatan…sessi berkenalan dengan staf-staf ESQ Jakarta, minggu kedua…diterangkan flow training dan perjalanan training…persiapan menjadi seorang EO (Event Organizer )…jadi kami dilatih bagaimana perjalanan training, apa yang perlu dilakukan sebelum training, sewaktu training, selepas training… persiapan dewan training…mengatur perjalanan team ke tempat training…dalam masa yang sama juga kami diajar untuk marketing… beberapa visit-visit ke syarikat-syarikat kami lakukan untuk mendapat gambaran perjalanan sebelum training…hal ini dilakukan sehingga kami mahir dan menguasai… Pendidikan ini penting…selain daripada skill atau pengetahuan training…dalam masa yang sama kami dilatih dengan bekerja dengan ikhlas, semangat, lebih pendidikan hati…

Sebelum cukup sebulan saya di Jakarta…kami perlu pulang ke Malaysia… kerana tidak mempunyai visa dan hanyalah menggunakan passport, kami pulang sebulan sekali…ketika pulang ke rumah.,..itulah saat untuk meluangkan waktu bersama keluarga… sehinggalah bulan ke-2 nak masuk bulan ke 3…kami dilatih dengan latihan vokal, latihan pernafasan (sehinggakan setiap hari Selasa ada sessi senaman setiap pagi), latihan penampilan diri…penjagaan laptop…semuanya dilatih dan diajar…

Latihan demi latihan kami lakukan dengan dipantau oleh trainer yang bertugas secara bergilir-gilir…jika ada yang salah…akan ditegur dan suasana belajar sangat menyeronokkan…dan sangat menaikkan semangat…saling bantu menbantu…sebagai assistant trainer…kami lebij focus kepada aktiviti training ketika memandu games, energize, dan beberapa sessi yang tugas assistant lakukan sewaktu training… ketika malam kami juga ada waktu membaca Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Taslim…kami seorang demi seorang akan diperiksa oleh Ustaz…kami juga diharuskan menghafal beberapa puluhan ayat Al-Quran yang ada didalam training…itu yang kami lakukan setiap hari…setiap waktu…

Sehingga bulan ke 4 dan ke 5…kami sudah terjun ke training… melihat gambar sebenar… sewaktu training lebih real melihat keadaan sebenarnya…banyak pengalaman…hikmah…ilmu…dan pengajaran yang kami dapatkan…. Ketika pulang ke rumah kos…saya dan Abg Akmal akan sentiasa berkongsi dan saling kuat penguatkan juga ingat mengingatkan supaya senangtiasa dijaga semangatnya…

Sewaktu training di Jakarta Angkatan 68 di JACC…


Training pertama selepas bergelar Assistant Trainer..

Tetapi…setiap apa yang belaku semuanya telah diatur oleh Allah…sekitar bulan ke 7, kesihatan saya semakin berkurangan…saya sering selsema secara berpanjangan…dan kadang-kadang sakit kepala yang amat sakit… ubat-ubat telah telan…tapi mungkin tidak bersesuaian…dan pada satu hari…saat kemuncak adalah sewaktu hidung saya berdarah dan saya mohon izin untuk pulang ke rumah kos…dan di rumah kos saya sendiri di bilik saya alami sakit kepala yang sangat dasyat dan seingat saya saat itu, saya mintak bantu kepada Ibu Yana untuk menghantar saya ke hospital…tiba di Rumah Sakit Bintaro saya diberi suntikan untuk menenangkan saya dan setelah sedar kembali….saya diperiksa oleh dokter…saya dimasukkan dalam wad selama 2 malam…waktu itu..ramai staff ESQ hadir untuk menziarahi saya…Ibu Yana menemani saya setiap malam…dan dokter mengesahkan saya tidak alami penyakit yang serius…Cuma terdapat sinus yang banyak di ruang-ruang muka saya setelah CT scan…sehingga saya alami sakit kepala yang teruk… dokter harus mengeluarkan sinus dari kepala saya dan harus mendapat kebenaran dari keluarga saya…jadi keputusan dibuat untuk menerima rawatan di Malaysia…pulang la saya di Malaysia

Ibu dan bapa saya menunggu di airport…terkejut kerana pulang mendadak…kerana hal ini saya rahsiakan dari mereka…alhamdulillah ketika menghadiri beberapa sessi perubatan di salah satu Pusat Perubatan Islam di Bangi…saya beransur pulih…dan terus melakukan aktiviti seperti biasa…saya terus ditugaskan training di Malaysia…dan keputusan management ESQ…saya tidak perlu ke Jakarta lagi…stay terus di KL…Alhamdulillah…menarik nafas panjang saya…legaa….




Ruang tamu rumah kos…tempat menonton tv, borak-borak dengan Abg Akmal dan member2 ESQ, nampak juga bilik saya, pintu coklat gelap


No comments:

Post a Comment