Snow Effect

Tuesday, August 10, 2010

Sewaktu Training

Alhamdulillah…sepagi awal saya hadir ke dewan training…kerana lokasi training tidaklah terlalu jauh dari rumah saya...masuk saja dalam training…persepsi penuh dalam fikiran…melihat screen yang besar…sistem audio yang kuat membuatkan saya rasakan saya salah tempat…selepas diteliti dan bertanya kepada petugas yang berpakaian hitam-hitam..baru lah pasti saya ditempat yang betol…saya diiringi oleh petugas berpakaian hitam-hitam terus duduk didepan sebelah kiri hampir sebelah speaker yang tingginya melebihi tinggi saya…cuba untuk menyesuaikan diri dan bertenang dalam dewan training saya mulai start ambil hanset dan sms rakan2 saya…

Name Tag kenang-kenangan ikut training ESQ

Sebabkan trainer asik menjemput dan mengalu-alukan kehadiran kami sebagai peserta dan menyuruh kami mengisi borang biodata dan membaca tips sukses training...jadi saya pun mengambil kesempatan untuk menyelesaikan mengisi borang biodata...Sewaktu itu, trainer yang ada adalah Pengasas ESQ iaitu Pak Ary, juga asistantnya Pak Aminul dan juga Pak Andi...mereka yang yang bergabung untuk menjayakan training Angkatan 7 sewaktu itu...

Duduk didalam dewan sampai penuh peserta hampir 400 org amatlah membosankan…sehinggalah training bermula dengan sessi mencari teman…bagi saya..training 3 hari ini sangat merasakan waktu yang memanjangkan…dan meletihkan…tetapi apabila sessi berdoa atau opening oleh Pak Ary…saya tiba-tiba merasakan dalam diri saya…ini yang saya perlukan dan yang saya cari…bahkan sewaktu berdoa sehinggakan menitiskan air mata..saya memasang niat bahawa saya ingin bersungguh-sungguh untuk ikuti training 3 hari ini…

Sewaktu training ESQ…tengok tu sebelah saya ada Abg Tarmidi gelak kuat betol

Sewaktu training…banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi…hari pertama membuka hati saya dan meneguhkan keyakinan saya kepada kewujudan Allah, yakin kepada Nabi Muhammad adalah Rasullullah dan percaya kepada Al-Quran…mungkin selama ini hanyalah sekadar yakin dan percaya..tetapi ketika hari pertama training saya hanya mampu menangis…keyakinan itu bertambah mantap…bahkan saya terus bersyukur kepada Allah kerna memberi peluang kepada saya untuk ikuti training ini…

Hadir hari kedua…seawal pagi…modul Review Big Bang, membuatkan saya tersungkur…air mata saya mengalir ketika trainer menyuruh kami berdoa…tidak pernah seumur hidup saya merasakan nikmat ketika berdoa…saat itu, dalam fikiran saya tergambar wajah ibubapa saya…adik beradik saya…saudara mara saya…saya doakan mereka sungguh-sungguh…hanya air mata mengalir deras di pipi saya…hati saya runtuh, tubuh saya bergetar…terasa denyutan jantung saya laju berdengut…

Sehinggalah akhir hari kedua…saya sedar…tiada cinta kepada Allah, seumur hidup saya…saya lupa kepada Nabi Muhammad saw (jujur saya katakan… Nabi Muhammad hanyalah saya anggap seorang tokoh sejarah Islam), Al-Quran sebuah kitab panduan yang diturunkan oleh Allah untuk hambaNya…bahkan saya sedar dan yakin…hari kiamat adalah pasti !!!...itu membuatkan saya berdoa sungguh-sungguh jika Allah ampuni dosa saya…saya sanggup jika Allah ambil nyawa saya saat itu kerna saya benar-benar tidak tahan lagi mengenangkan dosa-dosa saya…perasaan insaf dan taubat sehinggakan saya pulang ke rumah dengan wajah yang murung, sakit kepala yang dasyat dan tidak ingin menjamah makanan di rumah... mak dah ayah saya pelik melihat saya…bahkan sekitar jam 3 pagi…mereka terpaksa bangun untuk mengurut kepala saya…kerna kepala saya sangat berat dan sangat sakit (mungkin terlalu banyak menangis pada siang hari)…sampaikan mak saya kata “ training apa tu…sampai sakit-sakit kepala..taknak makan…esok tak payah la pergi lagi “  tetapi esok pagi saya pergi lagi…kerna nasihat dr rakan-rakan alumni..

Jadi hari ketiga ada suatu perkara yang telah belaku…sewaktu sessi kartasis atau sessi berpasangan tu…sewaktu itu…pasangan saya pengsan…tak sedarkan diri…tengah berpelukkan tiba2 dia pengsan dan tidak mahu lepaskan saya…pertugas ATS mengangkat saya dan pasangan saya keluar dewan…dan kesan dari itu, saya merasakan sesuatu dalam training ini. Ini bukan sekadar training tetapi mungkin boleh jadi cara Allah beri kesempatan kepada hambaNya untuk kembali mengingatiNya…

Gambar peserta angkatan 7 Kuala Lumpur

Peribadi saya beranggapan bahawa training ini adalah suatu hal yang sangat diperlukan oleh umat manusia saat ini…bagi yang sedang mencari, atau tak pernah mencari…modul, cara penyampaikan, cara persembahan dan kaedahnya sangat terkini dan bersesuaikan dengan beredaran zaman…kesannya sangat mendalam…manusia sekarang ingin melihat saksi reality penemuan sains dan logical..tetapi jika Al-Quran telah jelaskan 1400 tahun yang lalu…jadi logical manusia hancur berkecai dan mengagungkan kalimah Allah dalam Al-Quran…cara dan kaedah ini bersesuaian dengan zaman ni…jika orang berkata ESQ mengutamakan sains dari Al-Quran…saya rasa tidak…ESQ tetap utamakan Al-Quran… cuma kaedahnya berbeza…

ESQ training adalah training sumber manusia…bukan lah training agama yang mengajar bagaimana bacaan solat…gerakan solat…bagaimana lafaz niat puasa atau ibadat yang lain…tetapi adalah training sumber manusia yang mengunakan Al-Quran dan Hadist sebagai rujukan tertinggi. Jika dulu ilmu bintang astronomi (ilmu falak) mengunakan Al-Quran, ilmu perubatan gunakan Al-Quran, ilmu matematik juga gunakan Al-Quran dinamakan ilmu Hisab sekarang saat ini ilmu pembangunan sumber manusia juga tak salah gunakan Al-Quran dan Hadist sebagai rujukan agung…itu la yang dilakukan oleh ESQ untuk membangunan sumber manusia…sehinggalah saya berniat untuk bergabung untuk menyebarkan hal ini di tanah Malaysia…


Sijil Penyertaan ESQ Training, telah shhaaahhh!! Jadi alumni ESQ..syukur alhamdulillah


No comments:

Post a Comment