Alhamdulillah…semuanya berjalan dengan biasa, pekerjaan yang kami lakukan adalah seperti biasa… seperti orang biasa… makan… minum… tidur… mandi semua seperti biasa…waktu kerja agak busy sikit… kerana Sabtu dan Ahad juga bekerja jika ada training… tetapi kebanyakkan waktu.. Sabtu dan Ahad insyAllah ada training… waktu lebih banyak bersama team ESQ berbanding dengan keluarga… keluarga sering ditinggalkan..hanya hari Isnin sahaja rehat untuk bersama keluarga… tetapi walaupun isteri bekerja… Isnin saya isi dengan pekerjaan yang perlu dilakukan…seperti beli barang rumah… basuh baju selepas training…bayar bil-bil jika ada yang masih tertangguh… kadang-kadang melawat ibu dan ayah di rumahnya…Selasa dah mulai masuk ke pejabat kembali sehingga Khamis…dan Khamis sekali lagi kami akan ke training…begitu kehidupan saya selepas 2 tahun lebih mengabdikan diri kepada Allah melalui pekerjaan saya di ESQ…
Dua tahun lebih bersama ESQ, diamanahkan sebagai trainer untuk menyampaikan… saya tetap sama seperti org lain… solat saya sama seperti org Islam lain.. syahadat saya sama seperti org Islam lain… Pak Ary mengajarkan 1 Ihsan, 5 rukun Islam dan 6 rukum Iman…zikir hanyalah Asma ul Husna…dan sering-sering ucapkan Istigfar… Pak Ary sering nasihatkan solat tahajud ketika malam…doa minta cinta kepada Allah… sering-sering membaca Al-quran…bukan sahaja baca…tetapi fahami juga taksirannya… dan sikit-sikit saya belajar bahasa Arab juga…
Saya masih ingat pesan Pak Ary kepada saya…khusus kepada saya… pernah satu ketika..Pak Ary datang ke Malaysia kerana ada majlis di Hotel Nikko…saya ambil kesempatan ingin siratulrahim jumpa Pak Ary… dan Pak Ary dekati saya sambil tersenyum… matanya yang memandang kearah mata saya… sambil tangan kanannya memegang dada saya dengan lembut…dan tangan kirinya mengusap bahu saya… dengan penuh rasa cinta Pak Ary katakan “kamu sering-sering solat malam..baca Al-Quran…doa mohon cinta kepada Allah” itu lah pesan Pak Ary kepada saya…saya ingat sehingga sekarang… Setelah beberapa bulan lagi, jumpa Pak Ary…pesan yang sama dia ucapkan…
Pesan-pesan dari Pak Ary, guru saya… boss saya… pemimpin di syarikat saya bekerja… bah mungkin ayah spiritual saya sentiasa saya ingat… pernah satu ketika…Pak Ary pesan pada saya “ Faizi…kamu harus banyak senyum…senyum dari hati...dan jika ada waktu…sering-sering baca al-fatihah” … hal ini membuatkan saya sentiasa tenang… fikiran saya lapang… sering membaca Al-fatihah…ulang terus ulang membaca Al-fatihah…
Banyak pesan-pesan yang Pak Ary pesankan kepada saya atau pun kepada trainer-trainer yg lainnya… seumur hidup saya ketika bersama Pak Ary… saya tak pernah diajar oleh Pak Ary sesuatu yang pelik-pelik… Pak Ary hanya ingatkan kepada kami… solat malam…sering baca Al-quran… doa mohon cinta dari Allah… zikir Asma ul Husna… sering ucapkan Istigfar…
selalu diingatkan… bahawa Allah itu wujud, malaikat mencatat apa yg kita lakukan, Nabi Muhammad S.A.W itu berjuang untuk umatnya dan sayang pada umatnya… Al-Quran itu benar… Hari kemudian itu pasti…Allah telah tentukan apa yang terbaik untuk mu sebagai hambaNya…
Jika kami lupa…jika kami rasa malas… tidak semangat…Pak Ary sering ingatkan… bagaimana dengan Syahadat mu ? telah berjanji di hadapan Allah…serahkan hidup mati untuk Allah… tapi mengapa masih malas… tidak semangat?... jika tingkahlaku kami tidak sesuai atau tidak baik… Pak Ary ingatkan…bagaimana solat kami…solat mencegah perbuatan mungkar…tetapi mengapa karekter kami buruk… jika kami ada perasaan tamak, bangga diri, sombong… Pak Ary ingatkan …bagaimana puasa mu ? bukankah puasa melawan hawa nafsu syaitan ? bukankah puasa itu bergerak? Tetapi mengapa kami hanya diam… tidak mempunyai semangat… bahkan jika kami sukses… berjaya apa yg kami lakukan…Pak Ary ingatkan zakat kami… harus berbagi kepada orang sekeliling kita… lihat kanan kiri mu… bantu mereka… dan Pak Ary ingatkan, semua ini harus dilakukan terus-menerus… jangan berhenti mengalah… seperti Siti Hajar berlari dari Safar ke Marwah sehingga keberkahan itu muncul ditempat Allah inginkan….begitu juga dengan kami… bekerjalah, mengabdilah kepada Allah terus menerus, jangan pernah putus asa…dan biarkan sahaja Allah yang menurunkan keberkahan itu dimana sahaja Allah inginkan…
Itulah pesan..nasihat Pak Ary ingatkan kepada kami…para-para trainer… Pak Ary tidak pernah mengajarkan sesuatu yang pelik-pelik… yang keluar dari Islam dan akidah… Jika orang masih menyangka training ESQ menyelewengkan akidah seseorang… saya masih belum jumpa… alumni ESQ yang Islam yang murtad…. Jika mengatakan Pak Ary ajarkan ajaran Kristian… saya belum pernah jumpa alumni ESQ yang beragama Islam ke gereja…
Persoalannya……… adakah jika seseorang itu dahulunya tidak solat kini solat lima waktu, jika dahulunya seseorang itu tidak pernah solat malam kini bangun solat malam, dan dahulu jika berdoa hanyalah inginkan sesuatu dari Allah, kini doanya cuma mohon cinta dari Allah, jika seseorang itu dahulunya tidak membaca Al-Quran kini membaca Al-Quran dan yakin 100% kalimat Al-Quran akan terbukti kebenarannya, bahkan jika seseorang itu, dahulu asik marah-marah…kata-kata dari mulutnya adalah dusta, maki hamun dan sering menyakitkan hati orang lain, tetapi kini orang itu hanya ingin berzikir kepada Allah, sering ucapkan Istigfar dan sering ingin menghafal doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran, dan jika dahulunya seseorang itu pakaiannya adalah simple-simple (selesa dengan seluar pendek jika keluar dari rumah) kini rasa sangat berdosa jika membuka aurat kerana takut dibakar dalam neraka, bahkan jika seseorang itu, tingkahlakunya seolah-olah merasa akan hidup 100 tahun lagi…tetapi kini seseorang itu sering menjaga tingkahlakunya…. yakin malaikat mencatat apa yang dia lakukan… bahkan jika seseorang itu dahulu takut mati…kini dia bercita-cita mati muda, kerana ingin bertemu dengan Allah, dan jika dahulu seseorang itu berkawan dengan member-member yang masih kufur dan jauh dari Allah kini seseorang itu cuba mencari orang-orang yang beriman, penuh ilmu keagamaan dan berkawan dengan nya… APAKAH ITU DIKATAKAN SESAT ? ataupun seseorang itu semakin jauh dari tuhannya ? ataupun seseorang itu mengambil jalan yang salah ?
Sebagai rakyat Malaysia,sebagai belia Malaysia, sebagai seseorang yang beragama Islam, sebagai manusia ciptaan Allah, sebagai umat Nabi Muhammad saw, sebagai seseorang yang ingin mencari Allah...DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI, SAYA TIDAK MELIHAT ATAU MENYAKSIKAN, APA YANG DIAJARKAN OLEH PAK ARY ( PENGASAS ESQ ) ITU MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM DAN AKIDAH UMAT ISLAM, ini juga diakui oleh beberapa mufti negeri-negeri di Malaysia...
Sehubungan dengan ini, saya mohon jika diberi kesempatan untuk berbincang... setahu saya ...para-para ulama adalah membimbing bukan mengharamkan tanpa usul periksa... saya juga yakin, isu yang timbul adalah disebabkan oleh salah faham... penyaluran maklumat yang salah... kedua-dua pihak ingin mencari kebenaran... dan insyAllah semuanya berada diatas kebenaran... Cuma jika kebenaran itu harus disahihkan dan dibuktikan sehingga kekeliruan tidak muncul... duduk berbincang sebagai semangat penyatuan ukhuwah dan ummah Islam... Jangan sampai kita berpecah seperti negara-negara Islam di Timur Tengah dan negara Islam yang ditentang dan diperangi jika umat Islam lemah...Semoga Allah menyatukan hati kita....amin